Tempahan Lembu Qurban

Tempahan Lembu Qurban
Ladang Lembu












Maksud Ibadah Qurban

1. Ibadah qurban bermaksud; menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 Zulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.

2. Masa ibadah qurban bermula apabila terbit matahari pada Hari Raya Qurban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya.

3. Setahun sekali umat Islam tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah qurban ini. Ibadah ini juga sempena mengingati peristiwa agung antara Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as.

Hukum Ibadah Qurban

1. Hukum ibadah qurban ialah sunat muakkad. Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat ini menjadi wajib jika dinazarkan.

2. Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan; “Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770).

3. Harus melakukan korban untuk orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.


Fadhilah Ibadah Qurban

1. Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada hari raya qurban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan).

2. Sabda Nabi SAW; “Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan” (Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif).


Syarat-syarat Binatang Qurban

1. Binatang ternakan yang sah dibuat korban ialah; biri-biri (berumur genap 1 tahun), kambing (genap 2 tahun), lembu (genap 2 tahun), kerbau (genap 2 tahun) dan unta (genap 5 tahun) atau sudah berganti gigi.
2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Adapun lembu, kerbau dan unta harus dikongsi tujuh orang.

3. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis; tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh).

4. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.

5. Sekiranya ternakan betina, pastikan ternakan tersebut tidak bunting ketika hendak dikorbankan. Bagaimanapun, korban tetap dianggap sah, jika selepas disembelih didapati haiwan ternakan itu sedang bunting.


Tempahan Lembu Qurban/Aqiqah 2018: 

Tawaran dibuka kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan lembu qurban. Sekiranya ingin menempah, bolehlah membuatnya dengan kadar segera.

1. Jenis lembu – Kedah-Kelantan (KK) atau KKBrahma (KK cross).
2. Umur 2 tahun dan ke atas.
3. Penghantaran akan dibuat selewat-lewatnya 2 atau 1 hari sebelum hari raya qurban.
4. Harga – tertakluk kepada gred/saiz. Juga termasuk bayaran permit kepada Jabatan Veterinar dan caj pengangkutan.
5. Tempahan perlu membuat bayaran deposit 20% daripada jumlah nilai tempahan. Baki pembayaran hendaklah dijelaskan sebelum penghantaran.
6. Bekalan lembu boleh dilihat di kandang Sabak Farm, Sg. Tengar, Sabak Bernam, Selangor.
7. Harga pasaran sekarang dari RM 4800 seekor.


Hubungi Kami:

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan lembu qurban, bolehlah hubungi kami:
EMAIL: rosneetahir@gmail.com

Ulasan

  1. Anda Bosan Menjadi Pemain Dan Ingin Menjadi Bandar??? Temukan Solusinya Hanya Di PesonaQQ.com

    Penawaran Special Dari PesonaQQ Untuk Anda Yang Bergabung Hari Ini Juga :

    =>> Bonus Turnover 0.3% - 0.5% (Perhari)
    =>> Bonus Referensi 20% (Seumur Hidup)

    Keuntungan Anda Yang Bergabung Bersama Kami Di PesonaQQ :

    *Data Anda Aman Bersama Kami
    *Pelayanan Customer Service Yang Ramah 24/7
    *Tersedia 8 Permainan Dalam 1 Web Yang Sesuai Dengan Skill Anda (Poker, Domino QQ, Capsa Susun, Adu Q, Bandar Q & Bandar Poker)
    *Bonus TURNOVER Yang Melimpah & Bonus REFERENSI Yang Berlaku Seumur Hidup
    *Hanya Dengan 1 Akun Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game Di PesonaQQ.com

    Kalau Bukan Sekarang Kapan Lagi???

    Ayok Tunjukkan Skill Anda Sekarang Juga, Hanya Di PesonaQQ.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular